Lumix FS3 kamera digital kompak ultra

View previous topic View next topic Go down

Lumix FS3 kamera digital kompak ultra

Post by qaleq on Fri 23 May 2008, 10:07 am

SASARAN Panasonic untuk mencapai jualan 70,000 unit kamera digital Lumix pada tahun ini bukannya dibuat rambang tanpa kekuatan dan inovasi tersendiri dalam teknologi rakaman gambar.Jangkaan peningkatan pasaran sebanyak 11 peratus yang diumumkan oleh bekas Pengarah Urusan Panasonic (M) Sdn. Bhd. itu juga bakal meletakkan kamera itu sebagai antara lima yang paling laris di negara ini.
April lalu, tanggungjawab diambil alih oleh penggantinya, Tony Endoh dalam memastikan penguasaan produk jenama itu dan menghadapi saingan daripada pengeluar-pengeluar utama dunia.
Sehingga kini menurut Tony, sebanyak RM3 juta dilaburkan khusus bagi tujuan promosi dan memperkukuhkan sokongan perniagaan kamera digital dan perakam videonya.
Di pasaran, salah satu daripada ahli keluarga Lumix yang sering menerima pujian kerana kualiti rakaman serta mudah digunakan adalah FS3.
Walaupun dicipta kecil, ia tidak menjadikan kamera 8.1 megapiksel itu kehilangan fungsi-fungsi penting pada sesebuah kamera.
Berukuran 5.3 sentimeter (sm) tinggi dan 7.62 cm lebar, kamera yang boleh dikendalikan dengan sebelah tangan dan mudah lolos ke dalam poket ini boleh dinobatkan sebagai kamera kompak ultra dengan kepelbagaian fungsi hebat.
Dilengkapi lensa berkualiti Leica 33-100 milimeter (mm) yang berkeupayaan tiga kali fokus optik, sistem penstabilan imej mampu merakam potret dan pemandangan tanpa kekaburan.
Ciri paling utama pada FS3 adalah mod Auto Bijak (iA) yang bukan sekadar program automatik biasa tetapi mampu memilih penyelarasan bertepatan dengan imej yang dirakam.
Selain itu, kamera ini turut mempunyai pelbagai pilihan program, pengesanan gegaran MEGA O.I.S, pengesan pergerakan, wajah, keadaan dan rakaman video.
Bagi yang mementingkan kualiti imej atau menggunakan kamera dalam pencahayaan berbeza, pemilihan ISO juga boleh dilakukan secara manual.
Untuk aksi sukan atau rakaman pergerakan, kamera ini menawarkan bonus iaitu rakaman berganda (burst shot) yang mampu merakam empat gambar secara serentak.
Membincangkan prestasi FS3 pada mod normal, keupayaan yang ditonjolkan juga tidak kurang hebatnya.
Jarak masa rakaman pertama ke rakaman berikutnya adalah 1.2 saat (tanpa flash) manakala 2 saat dengan flash.
Selain skrin paparan LCD berukuran 6.2 sm, pilihan menu mudah diakses dan butang penyelarasan boleh dicapai melalui beberapa butang pintas.
FS3 juga menyediakan dua pilihan saiz rakaman video iaitu 4:3 (VGA atau QVGA) dan 16:9 format HD.
Secara keseluruhannya, FS3 adalah kamera yang memiliki semua ciri-ciri automatik yang menjanjikan pengguna dengan gambar berkualiti dalam apa juga keadaan.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Lumix FS3 kamera digital kompak ultra

Post by ibnu_laden on Tue 27 May 2008, 1:29 pm

copy and paste memang mudah

ibnu_laden
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 682
Age : 30
Location : sd
Intake : sd
Registration date : 2008-03-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Lumix FS3 kamera digital kompak ultra

Post by qaleq on Tue 27 May 2008, 2:07 pm

ciplak lg mudah...

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Lumix FS3 kamera digital kompak ultra

Post by Sponsored content Today at 3:40 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum