Robert Kuok kekal terkaya

View previous topic View next topic Go down

Robert Kuok kekal terkaya

Post by qaleq on Fri 23 May 2008, 9:40 am

SINGAPURA, 22 Mei - Taikun Malaysia, Tan Sri Robert Kuok terus mengekalkan kedudukannya mendahului individu terkaya Malaysia dalam senarai orang terkaya terbaru oleh Forbes Asia.
Menurut Forbes Asia, Kuok, 84, yang memiliki banyak perniagaan, termasuk hartanah di Hong Kong dan kepentingan media dan paling ketara ialah syarikat gergasi minyak sawit Wilmar, telah berjaya meningkatkan nilai bersih asetnya daripada AS$2.4 bilion tahun lepas kepada mencecah AS$10 bilion.
Senarai kedudukan terbaru ini turut menyaksikan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp. menyertai kelab bilionair, kata Forbes Asia dalam satu kenyataan hari ini.
Terdapat 10 bilionair dalam senarai tahun ini.
Tan, yang naik dari tangga ke-14 ke tempat kesembilan, mempunyai nilai bersih aset AS$1.3 bilion, menambah hampir AS$1 bilion dari tahun lepas.
Forbes Asia berkata, syarikat Tan, Berjaya Corp., telah menongkah arus dengan harga sahamnya mengembang hampir tiga kali ganda sejak 12 bulan lepas.
Tan menguasai lebih AS$4 bilion — dengan jualan yang digabungkan rangkaian perusahaan melibatkan industri seperti pertaruhan/perjudian, media, telekom, produk pengguna dan runcit serta hartanah.
Masih kekal di tempat kedua ialah Ananda Krishnan yang menerajui syarikat telekomunikasi, Maxis. Tetapi kekayaannya menurun kepada AS$7.2 bilion, iaitu kurang AS$200 juta daripada tahun lepas.
Individu ketiga terkaya dalam senarai ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan IOI Corporation, Tan Sri Lee Shin Cheng yang menduduki tempat keempat tahun lepas tetapi dengan melonjaknya prestasi gergasi perladangan kelapa sawit dari segi nilai, kekayaannya telah meningkat daripada AS$1.6 bilion kepada AS$5.5 bilion, kata Forbes Asia.
Kemasukan baru paling tinggi ialah Puan Sri Lee Kim Hua, balu kepada taikun perjudian terkenal Tan Sri Lim Goh Tong yang berada di tempat ketiga tahun lepas tetapi meninggal dunia pada Oktober.
Beliau dan keluarganya bernilai AS$3.4 bilion dan menduduki tempat kelima.
Malah, anaknya, Tan Sri Lim Kok Thay, yang menguruskan Genting, yang disenaraikan secara berasingan dengan memiliki AS$345 juta, menduduki tempat ke-15.
Kim Hua adalah antara tiga wanita i dalam senarai bersama-sama dengan pengerusi Selangor Properties, Puan Sri Chong Chook Yew di tempat ke-24 (AS$245 juta), dan anakanda perempuan Sultan Perak, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah di tempat ke-35 (AS$150 juta).
Antara pendatang baru ialah Datuk Nazir Tun Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB dan anak lelaki bongsu Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Nazir berjaya mendapatkan tempat ke-40 sebagai individu terakhir terkaya Malaysia dalam senarai 40 senarai terkaya Forbes Asia dengan nilai bersih AS$100 juta.
Kekayaan secara kolektif kesemua 40 individu terkaya ialah AS$46 bilion, meningkat AS$3 bilion daripada tahun lepas.
Sementara 16 individu berjaya menambah kekayaan mereka, 18 yang lain menyaksikan penurunan dengan tujuh daripada mereka kehilangan sekurang-kurangnya satu perempat daripada kekayaan mereka.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, taikun Melayu paling kaya dan seorang bilionair, turun satu anak tangga dari tempat ketujuh ke tempat kelapan selepas nilai bersih asetnya berkurangan sebanyak AS$200 juta kepada AS$1.8 bilion.

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Robert Kuok kekal terkaya

Post by TheSubtleArts on Fri 23 May 2008, 9:46 am

wah..................bile aku nk kaye mcm die org...asek berangan jer...usaha kene gak...duit2 dimana kau duit..

_________________
My Beautiful Portrfolio:Fotologue
My Fotoblog: Wordpress
My Foto Gallery: Flickr

TheSubtleArts
Pengetua
Pengetua

Number of posts : 1513
Age : 30
Location : JB
Intake : Jan 05
Registration date : 2008-03-04

View user profile http://thepmsalumni.do-goo.net

Back to top Go down

Re: Robert Kuok kekal terkaya

Post by ikillmyjuliet on Fri 23 May 2008, 11:10 am

duit tue hanya nikmat di dunia.....
baik kite kaya dgn budi bahasa amal ibadat dan lain²....

ikillmyjuliet
Guru Disiplin
Guru Disiplin

Number of posts : 972
Age : 28
Location : kuantan
Intake : julai06
Registration date : 2008-03-06

View user profile

Back to top Go down

Re: Robert Kuok kekal terkaya

Post by Guest on Fri 23 May 2008, 4:23 pm

ikillmyjuliet wrote:duit tue hanya nikmat di dunia.....
baik kite kaya dgn budi bahasa amal ibadat dan lain²....


lol! bagus tol cikgu disiplin ni.. leh naek pangkat jadi USTAZ + IMAM sekolah... =p

Guest
Guest


Back to top Go down

Re: Robert Kuok kekal terkaya

Post by qaleq on Mon 26 May 2008, 8:23 am

pak cik kayo!

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Robert Kuok kekal terkaya

Post by zackmuska on Fri 20 Jun 2008, 10:45 pm

asia yg plg byk org kaya kat india...mmg 2,3 org msuk top10 bilionaire dunia..

_________________
"For A Pessimist, I'm Pretty Optimistic"

zackmuska
V.I.PeaMerS
V.I.PeaMerS

Number of posts : 507
Age : 30
Location : Somewhere
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-05

View user profile http://www.polimuadzam.edu.my

Back to top Go down

Re: Robert Kuok kekal terkaya

Post by qaleq on Fri 04 Jul 2008, 6:53 pm

rmai gak yer org yg kaya... kte bile la nk kaya...
mkan kaya bleh la

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

Re: Robert Kuok kekal terkaya

Post by Sponsored content Today at 11:47 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum