Tasbih, tahlil juga sedekah

View previous topic View next topic Go down

Tasbih, tahlil juga sedekah

Post by qaleq on Wed 14 May 2008, 8:32 am

Sedekah ialah amalan yang sangat digalakkan dalam Islam. Ia akan menjadi pendinding daripada api neraka, selain pemangkin kepada ekonomi manusia. Sedekah berakar daripada perkataan Arab yang membawa makna benar iaitu membenarkan iman kepada Allah melalui keinginan memberi kerana Allah.

Semua orang layak bersedekah ikut kemampuan masing-masing. Pernah satu ketika, segolongan orang miskin di kalangan sahabat mendatangi Nabi Muhammad SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, orang kaya sudah menguasai segala pahala kebaikan, mereka sembahyang, puasa seperti yang kami lakukan. Malah, mereka mampu pula bersedekah dengan kelebihan harta mereka, sedangkan kami tidak boleh?”

Jawab Baginda: “Tidakkah Allah membuatkan untuk kamu semua itu sesuatu yang kamu boleh sedekahkan. Sesungguhnya bertasbih itu adalah sedekah dan setiap takbir juga adalah sedekah, tahmid dan tahlil juga adalah sedekah.”

Selain itu, setiap perkara atau perintah untuk membuat makruf, melarang orang membuat mungkar, itu juga sedekah. Bersama atau bergaul dengan isteri, itu juga dikira sedekah. Di dalam hadis ini, Nabi Muhammad SAW menceritakan mengenai bentuk sedekah yang boleh diamalkan.

Apabila sampai kepada soalan bersama dengan isteri, sahabat bertanya lagi: “Adakah kami mendatangi isteri kami juga dikatakan sebagai satu bentuk sedekah?” Lantas jawab Baginda: “Apabila kamu mendatangi isteri kamu dan menunaikan hajat kamu, kamu akan mendapat pahala, tetapi jika kamu mendatangi wanita lain yang bukan isteri kamu, sudah tentu ia satu dosa.”

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum