Mengurus data guna RFID

View previous topic View next topic Go down

Mengurus data guna RFID

Post by qaleq on Tue 13 May 2008, 2:27 pm

DALAM usaha meningkatkan penggunaan alat pengesan RFID, Intermec telah mengorak langkah dengan menghasilkan Intermec IF61 yang berupaya menyelaraskan input data secara efisien dan komprehensif.
Dipacu menerusi sistem pemprosesan Intel Celeron M, 600MHz serta hadir dengan kemudahan menyimpan memori sehingga 1 Gigabait (GB), ia telah diperakui keberkesanannya dengan menjadi alat pilihan bagi menyelaraskan data aplikasi IBM.
IF61 yang diselaraskan dengan sistem aplikasi Web IBM terbaru WebSphere Premises Server 6.1, sekali gus menjadi platform serta penyelesaian pengurusan data Identifikasi Frekuensi Radio ( RFID) kepada organisasi tersebut secara pantas, teratur dan menjimatkan kos.
Menurut Pakar Strategi Sensor dan Pembangun Perisian IBM, Scott Burroughs, apabila IF61 diselaraskan dengan aplikasi Web IBM, ia secara tidak langsung menjadi platform yang luas kepada perkakas dan perisian bagi memenuhi keperluan penyelesaian data menerusi penggunaan teknologi RFID.
Sebagai tambahan, IF61 yang dilengkapi dengan persisian OATedge yang dibina oleh OATSystems akan memastikan penggunaannya menjadi lebih efisien.
Para pengilang, pengeluar dan penjual tidak perlu untuk bergantung dengan alat tambahan mahupun pelayan komputer tambahan untuk menguruskan data.
Sementara itu, IF61 mampu menampung keperluan pengurusan data yang ekstrem secara kemas dan sistematik.
Selain itu, maklumat serta data yang disimpan ternyata selamat dengan binaan sistem aplikasi pintar OATedge.
Bagi mendapatkan maklumat dan spesifikasi lengkap produk, ia boleh didapati dengan melayari laman web di alamat: www.intermec. com

qaleq
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 1519
Age : 30
Location : Kuala Lumpur
Intake : Jan 2005
Registration date : 2008-04-22

View user profile http://www.qaleq.sosblog.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum