POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Post by Guest on Wed 16 Apr 2008, 7:23 am

Ni aku bagi contoh POLISI dan ETIKA Perniagan


Pengenalan

Polisi dan Kod Etika yang digariskan di bawah adalah bertujuan memelihara hubungan dan kepentingan kedua-dua belah pihak iaitu Ahli dan Syarikat.

1. Definasi

1.1 Ahli

Ahli ialah seorang individu dan/atau perbadanan yang telah mengisi dan menyerahkan Borang Permohonan Keahlian kepada Syarikat dan diakui terima oleh Syarikat

1.1a. Ahli yang dibatalkan keahlian

Ahli Syarikat yang didapati melanggar polisi dan kod etika Syarikat.

1.1b. Ahli yang menarik diri

Ahli Syarikat yang secara sukarela melepaskan keahliannya.

1.1c. Ahli yang ditamatkan keahlian

Ahli Syarikat yang telah tidak aktif dan dilucutkan keahliannya.

1.2 Syarikat

Syarikat ialah DaKMuO Development Inc. 2008

1.3 Jenama

DaKMuO Inc. dan jenama jenama yang dipasarkan oleh syarikat.

2. Syarat syarat permohonan Ahli

2.1 Setiap pemohon yang memohon untuk menjadi Ahli Usahawan DaKMuO Inc. mestilah berusia 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan dibuat.

2.3 Keahlian pemohon hanya akan diterima dengan menggunakan borang permohonan rasmi Syarikat yang lengkap diisi dan diserahkan kepada Syarikat.

2.4 Pemohon mestilah seorang individu yang menetap atau mempunyai alamat di Malaysia.

2.5 Sebuah perbadanan boleh memohon menjadi Ahli dengan syarat perbadanan memberi penama sebagai wakil perbadanan.

2.6 Pendaftaran sebagai Ahli hendaklah disertakan dengan yuran seperti berikut: Ahli seumur hidup RM 50.00 bagi Semananjung Malaysia, Sabah & Sarawak.

2.7 Ahli yang telah ditamatkan keahliannya atau menarik diri tidak layak memohon kembali sebagai Ahli.

3. Hak-hak Ahli

3.1 Hak taraf Ahli tidak boleh ditukar milik melainkan Ahli tersebut meninggal dunia. Keahlian akan diturunkan kepada pewaris yang telah diwasiatkan di dalam surat perjanjian waris.

3.2 Sepasang suami dan isteri boleh membuat permohonan berasingan menjadi Ahli dan keahlian mereka tidak terikat antara pihak suami dan pihak isteri.

3.3 Setiap Ahli layak membeli barangan keluaran Syarikat mengikut harga Ahli yang ditetapkan oleh Syarikat.

3.4 Ahli boleh menarik diri sebagai Ahli Syarikat dengan memberi notis bertulis kepada Syarikat.

4. Hak hak Syarikat

4.1 Syarikat mempunyai budibicara mutlak untuk menolak sebarang permohonan menjadi Ahli tanpa mengemukakan sebarang sebab.

4.2 Syarikat berhak meminda pelan pemasaran pada bila-bila masa tanpa perlu memberi notis kepada Ahli-ahli terlebih dahulu.

4.3 Pihak Syarikat berhak menarik balik sebarang bentuk pemberian dan/atau insentif kepada mana-mana Ahli yang didapati melanggar Polisi dan Kod Etika dan/atau mana-mana peruntukan dan/atau perjanjian yang dimasuki di antara Ahli dan Syarikat.

4.4 Syarikat berhak meminda polisi dan kod etika sekiranya perlu demi kebaikan Ahli dan Syarikat tanpa sebarang notis kepada Ahlinya.

5. Persetujuan Bersama

5.1 Syarikat akan menjelaskan sebarang bentuk pemberian dan/insentif yang mana Ahli layak menerimanya selagi Ahli tidak dibatalkan dan/atau ditamatkan keahliannya.

5.2 Syarikat akan membekalkan barang-barang kepada Ahli-ahli sebaik sahaja Borang Pesanan Ahli/Borang Pesanan Stok disahkan dan diproses oleh Syarikat.

5.3 Ahli Syarikat dilarang menyalahgunakan status yang dimiliki untuk melanggar sebarang undang-undang, peraturan-peraturan enakmen, status dan Akta Kerajaan Malaysia. Sebarang tindakan undang-undang terhadap Ahli disebabkan perlanggaran tersebut adalah tanggungjawab Ahli sendiri.

5.4 Ahli tidak dibenarkan mengakui dan/atau memperkenalkan diri sebagai wakil Syarikat atau pekerja yang menerima gaji bulanan atau mempunyai pekerjaan dengan Syarikat.

5.5 Ahli ditegah daripada menghasut dan/atau memfitnah dan/atau apa cara sekalipun sehingga menimbulkan keburukan kepada Ahli lain dan/atau Syarikat.

5.6 Ahli dilarang dari membuat sendiri apa-apa jenis media cetakan yang mempunyai nama, lambang, cogankata dan tanda Syarikat dan atau sebarang bentuk pengiklanan tanpa kebenaran bertulis dari pihak Syarikat.

5.7 Kos aktiviti yang dianjurkan oleh Ahli akan ditanggung oleh Ahli melainkan aktiviti anjuran oleh Syarikat.

5.8 Syarikat berhak membuat jualan dimana-mana kawasan di dalam dan/atau di luar negara.

5.9 Ahli ahli dibenarkan membuatkan jualan di pasaran Malaysia sahaja.

5.10 Ahli tidak dibenarkan membuka atau menjalankan operasi sebagai Pusat Jualan (Berkedai) yang memaparkan logo syarikat tanpa kelulusan bertulis dari pihak Syarikat.

5.11 Pewaris layak menerima segala pampasan insentif sekiranya ada.

5.12 Ahli dikehendaki memberi makluman secara bertulis kepada Syarikat mengenai ceramah yang memerlukan penceramah dari Syarikat. Makluman mestilah diberi 1 bulan lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan akibat temujanji bertindih.

5.13 Ahli mesti menyerahkan Borang Pesanan Ahli dan Borang Pendaftaran Ahli yang lengkap diisi secepat mungkin ke Pusat Jualan atau Ibu Pejabat.

6. Barang dan Harga

6.1 Ahli dikehendaki menjual barangan mengikut harga yang ditetapkan oleh Syarikat tanpa menambah atau mengurangkan harga tersebut.

6.2 Semua urusniaga pembelian dilakukan dalam nilai Ringgit Malaysia (RM) dan hanya boleh dibuat di Pusat-pusat Jualan atau wakil yang disahkan oleh Syarikat.

6.3 Pembelian barangan mestilah menggunakan Borang Pesanan Ahli yang dikeluarkan oleh Syarikat.

6.4 Setiap pembelian adalah secara tunai.

6.5 Tarikh akhir penerimaan borang pesanan Ahli dari Pusat Jualan ialah pada 5hb bulan berikutnya.

6.7 Ahli boleh membuat pertukaran barang sekiranya terdapat sebarang kerosakan di dalam tempoh 14 dari tarikh penerimaan.

6.8 Pertukaran barangan tidak akan diterima sekiranya barangan itu telah disalahgunakan.

6.9 Pihak Syarikat tidak akan menerima pertukaran barangan kepada bentuk wang tunai.

6.10 Ahli Syarikat tidak dibenarkan melabelkan atau membungkus semula mana-mana produk yang dikeluarkan oleh Syarikat.

6.11 Produk Syarikat tidak dibenarkan dijual dan/atau dipamerkan untuk jualan di mana-mana pasaraya, farmasi, kedai runcit atau lain-lain premis seumpamanya melainkan di Pusat Jualan yang telah mendapat kelulusan Syarikat.

7. Insentif

7.1 Ahli mesti mencapai had jualan yang ditetapkan oleh Syarikat untuk memperolehi kemudahan Insentif.

7.2 Jualan akan dikira bagi pembelian setiap bulan mulai 1hb hingga hari terakhir bulan tersebut berpandu kepada rekod pembelian ahli yang sampai ke Ibu pejabat.

7.3 Pengiktirafan insentif akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat.

7.4 Sekiranya terdapat sebarang kesilapan pada penyata Jualan maka Ahli mestilah mengajukan bantahan secara bertulis kepada Syarikat sebelum 14 hari setelah penerimaan penyata Jualan.

7.5 Kegagalan mengemukakan bantahan bertulis dalam tempoh seperti 7.4 di atas, Ahli dianggap menerima penyata Jualan sebagai betul.

8. Polisi Jualan & Urusniaga Barangan Syarikat

8.1 Masa jualan dan urusniaga adalah pada setiap hari yang dibenarkan antara jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam.

8.2 Semasa membuat jualan, setiap Ahli diwajibkan membawa kad keahlian yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Syarikat dan hendaklah mengemukakan kad keahlian Ahli sekiranya diperlukan.

8.3 Pengedar mestilah bersifat jujur dan berterus terang kepada bakal pelanggan dan/atau pelanggan semasa menjalankan penjualan dan urusniaga barangan Syarikat.

8.4 Mematuhi Etika Jualan Langsung.

9. Peruntukan Umum

9.1 Ahli akan dibatalkan keahliannya sekiranya Syarikat mendapati Ahli telah melanggar mana-mana peruntukan Polisi dan Kod Etika Ahli.

9.2 Sekiranya pelanggaran mana-mana peruntukan Polisi dan Kod Etika mengakibatkan kerosakan atau kerugian diakibatkan olehnya, Syarikat berhak menuntut gantirugi atau ditanggung rugi sepenuhnya oleh Ahli tersebut. Ekoran dari itu, Syarikat juga akan mengambil tindakan undang-undang.

10. Notis

10.1 Notis tunjuk sebab pembatalan keahlian akan diberikan kepada Ahli terbabit dan Ahli terbabit dimestikan menjawab Notis tersebut dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan Notis tersebut.Kegagalan menjawab Notis tunjuk sebab tersebut akan mengakibatkan Ahli dibatalkan keahliannya serta merta.

10.2 Setiap Notis yang diberikan oleh pihak Syarikat kepada Ahli disifatkan sempurna penyerahannya sekiranya Notis tersebut dialamatkan di alamat terakhir yang tercatat di borang permohonan Ahli yang diserahkan kepada Syarikat atau alamat terbaru Ahli dengan syarat alamat terbaru Ahli tersebut mestilah dimaklumkan kepada pihak Syarikat secara bertulis.

10.3 Setiap Notis bertulis yang diberikan oleh Ahli mestilah dialamatkan ke alamat perniagaan Syarikat dan diakui terima oleh pihak Syarikat.

11. Pembatalan Keahlian

11.1 Pembatalan keahlian oleh Syarikat adalah muktamad.

11.2 Pembatalan keahlian akan menyebabkan segala bentuk kemudahan, Bonus, faedah dan insentif kepada Ahli yang belum dan/atau akan diberi diberhentikan serta merta.

11.3 Mana-mana Ahli yang dibatalkan keahliannya tidak layak memohon semula sebagai Ahli Syarikat

11.4 Mana-mana Ahli yang dibatalkan keahliannya dimestikan memulangkan semula produk dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan keahliannya segala produk barangan keluaran Syarikat yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada ahli dalam masa 6 bulan dari tarikh penamatan.

11.5 Syarikat akan membeli semula segala produk barangan Syarikat yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada ahli pada kadar 90% dari harga belian Ahli yang dibatalkan keahliannya.

11.6 Polisi dan Kod Etika ini terpakai terhadap tindakan terdahulu di antara Syarikat dan Ahli dan mempunyai kesan kebelakangan dari segi masa.

Guest
Guest


Back to top Go down

Re: POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Post by TheSubtleArts on Wed 16 Apr 2008, 9:25 am

dok..boleh bg sumber x...mksd aku link info nih..

_________________
My Beautiful Portrfolio:Fotologue
My Fotoblog: Wordpress
My Foto Gallery: Flickr

TheSubtleArts
Pengetua
Pengetua

Number of posts: 1513
Age: 28
Location: JB
Intake: Jan 05
Registration date: 2008-03-04

View user profile http://thepmsalumni.do-goo.net

Back to top Go down

Re: POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Post by ikillmyjuliet on Wed 16 Apr 2008, 11:12 pm

thanks a lot!!!!!

ikillmyjuliet
Guru Disiplin
Guru Disiplin

Number of posts: 972
Age: 26
Location: kuantan
Intake: julai06
Registration date: 2008-03-06

View user profile

Back to top Go down

Re: POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Post by Guest on Thu 17 Apr 2008, 8:08 am

TheSubtleArts wrote:dok..boleh bg sumber x...mksd aku link info nih..

boleh2... xde hal....

ko klik sini

same jek mcm yg aku paste kt atas ni.. cuma ubah nama company jek...

POLISI asal adalah untuk syarikat NONA ROGUY...

aku dok selam2 jek.. hohoho...

Guest
Guest


Back to top Go down

Re: POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Post by TheSubtleArts on Thu 17 Apr 2008, 8:28 am

hehehe...stakat paper work aku dah siap..nk cari menatang mcm nih je...thnx 4 the info

_________________
My Beautiful Portrfolio:Fotologue
My Fotoblog: Wordpress
My Foto Gallery: Flickr

TheSubtleArts
Pengetua
Pengetua

Number of posts: 1513
Age: 28
Location: JB
Intake: Jan 05
Registration date: 2008-03-04

View user profile http://thepmsalumni.do-goo.net

Back to top Go down

Re: POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Post by Guest on Thu 17 Apr 2008, 9:16 am

TheSubtleArts wrote:hehehe...stakat paper work aku dah siap..nk cari menatang mcm nih je...thnx 4 the info


u r welcome...

Guest
Guest


Back to top Go down

Re: POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Post by ikillmyjuliet on Fri 18 Apr 2008, 4:07 pm

wei bro bagey aku polisi keselamatan ict!!!!
cepat skett!!!!!

ikillmyjuliet
Guru Disiplin
Guru Disiplin

Number of posts: 972
Age: 26
Location: kuantan
Intake: julai06
Registration date: 2008-03-06

View user profile

Back to top Go down

Re: POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Post by Guest on Tue 22 Apr 2008, 7:32 pm

Ada...

jangan riso..

aku sedia membantu walau pape pun... Laughing



Ko klik je cni

Guest
Guest


Back to top Go down

Re: POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Post by ibnu_laden on Wed 30 Apr 2008, 4:34 pm

peh...
ko ni dakmuo memang cekap ar..
ko rilek je aku da lame paham ko

ibnu_laden
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts: 682
Age: 28
Location: sd
Intake: sd
Registration date: 2008-03-12

View user profile

Back to top Go down

Re: POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Post by meetthedead on Thu 01 May 2008, 11:45 am

ramai yg terer kat dlm nih...best ler...

meetthedead
Murid bijak darjah 1
Murid bijak darjah 1

Number of posts: 19
Age: 59
Location: JB,Melaka,Pahang,KL
Intake: Jan 66
Registration date: 2008-03-04

View user profile

Back to top Go down

Re: POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Post by ikillmyjuliet on Sat 03 May 2008, 1:52 am

seronok dapt berkawan ngan gng2 nie.....

ikillmyjuliet
Guru Disiplin
Guru Disiplin

Number of posts: 972
Age: 26
Location: kuantan
Intake: julai06
Registration date: 2008-03-06

View user profile

Back to top Go down

Re: POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Post by zackmuska on Sat 03 May 2008, 3:52 am

bdk2 SPP yg smbg DIP mst kne blaja company law..dlu ms sijil bljr commercial law..pening2..

_________________
"For A Pessimist, I'm Pretty Optimistic"

zackmuska
V.I.PeaMerS
V.I.PeaMerS

Number of posts: 507
Age: 28
Location: Somewhere
Intake: Jan 2005
Registration date: 2008-04-05

View user profile http://www.polimuadzam.edu.my

Back to top Go down

Re: POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Post by ikillmyjuliet on Sat 03 May 2008, 4:01 am

so whats the problem is?????
hahahaaaaaaa....jahanam english dapat ke aku....

ikillmyjuliet
Guru Disiplin
Guru Disiplin

Number of posts: 972
Age: 26
Location: kuantan
Intake: julai06
Registration date: 2008-03-06

View user profile

Back to top Go down

Re: POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Post by ibnu_laden on Sat 03 May 2008, 4:46 am

tau takpe...aku tengah pening nih pasal law...
tapi aku ade resepi tuk berjaya..
do it or u lost it...hehe

ibnu_laden
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts: 682
Age: 28
Location: sd
Intake: sd
Registration date: 2008-03-12

View user profile

Back to top Go down

Re: POLISI Perniagaan -Request By ikillmyjuliet-

Post by Guest on Sat 03 May 2008, 7:01 am

ibnu_laden wrote:peh...
ko ni dakmuo memang cekap ar..
ko rilek je aku da lame paham ko


lol!

Thanx 4 de PUJIAN.. ahak's


neway.. saling membantu..


walaupun aku dalam lain bidang,
xbermaksud aku xperlu tau menda2 len..
so, korang pn camtu lar hendaknya..

biO orang tgk kita..
bak kata omputeh.. DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER..
tp aku.. JUDGE A BOOK BY IT PRICE... Laughing

Guest
Guest


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum