Chot yang bendul

View previous topic View next topic Go down

Chot yang bendul

Post by isotonik on Thu 13 Mar 2008, 4:42 pm

Gambar
Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk keJabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya. Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas,bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambilkeputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yangbaru diambilnya di kedai tadi. Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepasgambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk danmencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawahtempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, Kak... Boleh tolong angkat sikitkain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar...

Kemik
Chot baru habis main bolasepak dan berjalanmenuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik disebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak. Keesokkan harinya,Chot membawa kereta itu ke wokshop. Mekanik di wokshop tu yang sememangnya tahu akan ke bendulan Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu,sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemikitu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala. Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chotmeniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku. Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, Apa hang buat tu? Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di wokshop tadi telahmengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanyaakan kembung semula. Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawaberdekah-dekah sambil berkata, HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hangkena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu baru tiup!

Buku Telepon
Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awamdan meluru ke meja pendaftaran. Saya nak buat aduan! Saya nak komplen! jerkah Chot. Ada apa, encik? tanya pustakawan bertugas. Saya adapinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!kata Chot. Apa masalahnya? tanya pustakawan itu lagi. Banyak sangat watakdalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tukisahkan. Tak ada jalan cerita langsung! Pustakawan tersebut berkata, Ahh... jadi, encikni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekatseminggu tu!

Masa
Chot: Chet, skrang dah pukui brapa?
Chet: 3:15 petang.
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) Aku pelik lar,awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?
Chet: Awat lak? Bila lak aku tipu hang?
Chot: Sepanjang ari aku dok tanya masa katorang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorangpun yang bagi jawapan yang sama...

isotonik
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang

Number of posts : 52
Age : 27
Location : pahang
Intake : julai 2007
Registration date : 2008-03-10

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum