Welcome Friends n Lovers.. (Baca ini dulu)

View previous topic View next topic Go down

Welcome Friends n Lovers.. (Baca ini dulu)

Post by TheSubtleArts on Tue 04 Mar 2008, 10:42 am

Dengan mendaftarkan diri anda di PeaMerS Community, anda telah faham dan bersetuju serta akan mematuhi peraturan-peraturan berikut :

1. Diwujudkan khas untuk semua pelajar dan lepasan Politeknik Muadzam Shah. Walaubagaimanapun, semua rakyat Malaysia atau memiliki status penduduk tetap(hehe) adalah dialu-alukan untuk menyertai dan memeriahkan lagi forum ini.

2. Dilarang sama sekali untuk berniaga/promosi produk/servis.

3. Selepas mendaftar dan mengaktifkan akaun korang, sila perkenalkan diri korang dalam ruangan "Pentadbiran" walaupun kita ni Poli kecil tapi ada juga yang tak kenal satu sama lain. Sebaik-baiknya korang perkenalkanlah diri korang dulu, ibarat macam baru masuk Poli baru nak kenal dengan kengkawan.

4. Forum ini bukanlah forum untuk kanak-kanak atau orang yang bersifat 'kanak-kanak'. Sila bersifat rasional dan professional. Tunjukkan sifat yang tidak memalukan diri sendiri.

5. Sila pastikan semua post/profile peribadi korang tidak melanggar "Syarat Isi Kandungan" yang telah ditetapkan oleh pentadbir.

6. Untuk tujuan berborak, sekiranya fungsi Chat pada forum ini tidak memadai, korang boleh menyalurkan keinginan korang tu di board "Lepak sampai bengkak". Di situ korang dibenarkan membuat posting dan berborak sesuka hati korang. Walaupun korang dibenarkan untuk merapu didalam board ini, PASTIKAN posting anda masih tidak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan. Very Happy Very Happy Very Happy

7.Dilarang sama sekali mempromosikan,berkempen,menyebarkan dakyah mana-mana parti politik.. Diberi tindakan keras jika korang melanggar peraturan ini..

8.Sila menghormati user lain,segala ayat hendaklah difikir dahulu sebelum melepaskannya agar tidak menyinggung user lain,ditekankan sekali lagi(hormati user lain) tindakan akan diambil walau telah diberi pangkat dalam Alumni ini..

9.Dilarang melakukan post yang kurang daripada 3 patah perkataan seperti hehe,atau sekadar meletakkan smiley sahaja,ia akan dianggap spam..TINDAKAN AKAN DIAMBIL

"Disini tempat kita bersatu,jangan biarkan ideologi dan egoistik memecah belahkan persahabatan kita.." =TheSubtleArts=

TheSubtleArts
Pengetua
Pengetua

Number of posts : 1513
Age : 30
Location : JB
Intake : Jan 05
Registration date : 2008-03-04

View user profile http://thepmsalumni.do-goo.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum